5 Artis Malaysia Yang Dikaitkan Dengan Illumin@t!

5 Artis Malaysia Yang Dikaitkan Dengan Illumin@t!

 

Loading...

 

Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Illuminati juga diidentikkan dengan ritual menyembah setan, itu kenapa lambang ‘metal’ juga dianggap sebagai simbol Illuminati. Ada kabar bahwa kelompok rahasia ini bisa mengendalikan pikiran orang. Untuk memuluskan rencana mereka menguasai dunia, salah satu caranya adalah merekrut para artis yang sangat terkenal dan berpengaruh.

Berikut adalah artis-artis Malaysia yag pernah dikaitkan dengan Illuminati tau Freemason sepanjang penglibatan mereka dalam dunia seni.

 

M.Nasir

 

 

Pada tahun 2014, M Nasir telah mengadakan satu konsert di Istana Budaya. Apa yang menarik, poster “Konsert Hati Emas Kembara” dikatakan mempunyai unsur Illuminati. Penghibur lagenda Dato’ M. Nasir menyangkal dakwaan bahawa lukisan pada poster rasmi bagi ‘Konsert Hati Emas Kembara’ yang akan berlangsung pada November ini menyelitkan unsur Iluminati.

Jelas beliau yang juga merupakan vokalis kumpulan Kembara, lukisan mata tersebut adalah simbol universal dan tiada kaitan dengan apa-apa makna lain. Lukisan ‘Oil On Canvas’ itu di lukis oleh pelukis terkenal, S. Amin Shahab (juga pelukis asal album Kembara sebelum ini) yang telah mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkannya.

“Illuminati? (gelak). Kenapa jauh sangat…? Kenapa tak cakap Pekida jer”, tanya beliau kepada pihak media.

“Sebenarnya bukan (illuminati). Tapi ia simbol universal yang selalu digunakan”, jawabnya ringkas

 

Loading...

 

Tafsiran lukisan poster tersebut membawa maksud, sebelum mencipta atau melaksanakan sesuatu, kita perlukan khayalan atau imiginasi. Pelangi pula melambangkan warna kepada kota yang memerlukan dan sekaligus, memberikan air pada bumi yang tandus. Walau bagaimanapun, kita perlu fokus (centralize) kerana kita adalah ‘tools’ atau alat dan memperalat dan sentiasa disaksikan oleh mata yang bermaksud kita perl menjadi pemerhati yang baik untuk dapat perhatian. Dan sepasang tangan yang kosong beerti tiada apa-apa dan semuanya kehendak-Nya.

Selain poster Konsert Hati Emas Kembara, lagu M.Nasir yang berjudul apa lagi turut dikaitkan dengan Illuminati.

Lirik lagu Apa Lagi

Betapa berat memandang

Berat lagi memikul

Rumahku kau cerobohi

Ladang sudah kau cabul

Tinggal tanah terbakar

Dengan pahlawan hilang ikrar

Apa lagi yang kau mahukan

Hey manusia pendominasi

Apa lagi yang kau mahukan

Hey mata dalam tiga segi

Dari tanah jawi ke Maghribi

Semangatnya mahu kau ragut

Dengan caramu, dengan alasanmu

Dari ide mu yang bangrut.. hey!!!

Sedarlah sedarlah hey teman

Tidak semua jalan menuju ke kota Rom

Geseklah rebabmu

Wahai tangan yang membuai

Darahku tetap mengalir

Ke tanah pertiwi ini

Ho.. ho.. ho

Tetap mengalir

Mengalir untuk pertiwi ini

Damai bukan kawat berduri

Damai dada yang terbuka

Cinta harus membebaskan

Bukan seksa penjara

Hujan api yang kau gugurkan

Ku terima bagai bunga.

 

2. Amy Search

 

VOKALIS Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol ‘Mata’ yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24.

“Kami gunakan logo ‘Mata’ sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana ‘Mata’ membawa maksud mencari atau ‘searching.’

“Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu,” kata Amy ketika menghubungi mStar Online semalam.

Sambungnya lagi, “Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung ‘Vulture’ dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti ‘The Master Carpet’ yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.

 

 

“Saya rasa perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Tidak timbul isu mengalakkan unsur Freemason atau sebagainya,” jelas penyanyi terkenal ini yang aktif dalam beberapa usaha dakwah di negara ini.

“Search sudah establish selama tiga dekad. Kami tahu apa yang haram dan dilarang. Tidak mungkin kami dipengaruhi unsur Freemason. Its just coincidental…,”kata Amy.

Amy, bagaimana pun tidak terkejut dengan pendedahan dalam blog milik seorang penuntut Malaysia di Jordan, Mohammad Sufian Talib, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu.

3. Faizal Tahir

 

Penyanyi Faizal Tahir memperjelaskan kulit album berjudul Anatomi berkaitan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupannya. Faizal Tahir berkata, dia juga mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah dan tidak takut dengan tuduhan yang mengaitkan dirinya kepada kepercayaan lain.

“Sejak kulit album ini keluar banyak tanggapan positif dan negatif saya terima, ada yang kata ia iluminati, freemason dan ada juga yang nampak ia seperti salib dan menuduh saya murtad.

“Secara dasarnya kulit album Anatomi ini simbolik kepada lagu-lagu dalam album ini dan beberapa benda yang berkaitan dengan kehidupan saya.

“Saya mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah dan saya tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir orang, saya percaya Allah sentiasa memberi bimbingan kepada saya,”

Foto tidak berbaju serta beberapa simbol dalam kulit album itu telah menimbulkan tanda tanya netizen yang kurang senang dengan rekaan tersebut.

Faizal menjelaskan simbol kuda merupakan lambang tahun kelahirannya, manakala sayap pula berkaitan dengan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool.

Tambahnya, wanita berpurdah pula merupakan simbolik rasa hormatnya kepada kaum wanita yang menutup aurat dan gambar kanak-kanak berkepala televisyen pula menunjukkan golongan kanak-kanak kini yang terlalu terdedah dengan internet dan televisyen.

Foto saya  tangan dan kaki serta tidak berbaju pula adalah lambang lukisan Leonardo da Vincci. Ada juga yang mempersoalkan tentang aurat kerana kerana Faizal tidak berbaju dalam kulit album ini.

“Bagi saya ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat,” ujarnya.

Kata Faizal, kulit album rekaan Danny itu mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan.  Sementara itu, katanya, lagu-lagu dalam album Anatomi ini juga merupakan rencah mengenai kehidupan dan perhubungan.

Berikut antara komen netizen yang menyokong Faizal Tahir:-

 

4. Malique Too Phat

 

Album terbarunya yang berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata dilaporkan menimbulkan isu apabila keyboard warrior menuduh penyanyi tersebut mengagungkan illuminati gara-gara foto wajah manusia bermata satu yang digunakan untuk album ketiga yang dilancarkan pada 23 Disember 2016 lalu.

 

Agak menyedihkan apabila keyboard warrior turut menuduh Malique sengaja mengagungkan illuminati serta dajjal menerusi poster album tersebut. Malah, ada juga menyatakan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak bersetuju dengan konsep album baru itu, apatah lagi mereka telah menunggu produk terbaru daripada Malique sejak sekian lama.

 

 

Bagaimanapun, berlaku perbalahan di ruangan komen laman sosial Facebook Harian Metro apabila ramai juga yang tidak bersetuju dengan tuduhan dilemparkan kepada Malique. Menurut mereka, keyboard warrior sepatutnya berfikiran lebih terbuka dan tidak wajar mengaitkan illuminati dan dajjal dengan album terbaru penyanyi rap terkenal itu.

 

Ini kerana kata mereka, tuduhan yang dilemparkan tidak masuk akal kerana jika diteliti semula banyak maksud tersirat lain yang boleh dikaitkan dengan foto tersebut.

 

5. Ayda Jebat

Ayda Jebat yang terkenal dengan lagu Awak Sangat Nakal dan Pencuri Hati telah melancarkan sebuah lagi single terbaru bertajuk Mata. Namun apa yang mencuri tumpuan ialah simbol pada poster lagu tersebut yang menjadi bualan netizen ketika ini.

Poster lagu Mata itu dikatakan mempunyai unsur illuminati sehingga ramai netizen menyoal simbol mata yang sering dikaitkan dengan organisasi rahsia itu. Namun Ayda segera menafikan perkara tersebut dan ianya adalah cantuman beberapa nombor agar kelihatan seperti sepasang mata.

 

 

“Ini adalah idea saya. Kalau perhati betul-betul ia bukan simbol Illuminati seperti didakwa sebaliknya ia terbentuk hasil cantuman beberapa nombor yang akhirnya kelihatan seperti mata.

Nombor itu adalah rahsia di sebalik simbol mata dan terdapat maksud yang ingin disampaikan. Mata boleh diertikan sebagai ‘markah’ atau ‘point’ dalam sesuatu pertandingan.

“Pada masa sama mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan,” kata Ayda Jebat dalam satu laporan Harian Metro.

 

Ada juga yang mengatakan Illuminati ni hanya rekaan semata-mata. Tapi mustahil la artis-artis kita buat perkara yang bukan-bukan. Apa-apa pun terus sokong artis tempatan, OK! 😀

Sumber dan diolah semula:

http://malaysiandigest.com/hiburan/525534-poster-konsert-hati-emas-kembara-berunsur-illuminati-ini-jawab-m-nasir.html

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2010/01/29/simbol-mata-maksud-mencari–bukan-unsur-freemason–amy-search/

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/11/07/faizal-perjelas-kulit-album/

http://www.gempak.com/artikel/3228/album-baru-malique-pula-dituduh-agungkan-illuminati?fb_comment_id=1218206688276407_1327027430727665

http://www.kakishare.my/2017/07/netizen-dakwa-single-baru-ayda-jebat.html

 

Loading...