Masak Bubur Nasi Senang 15 Minit Tanpa Menggunakan ‘Pressure Cooker’

Masak Bubur Nasi Dalam 15 Minit Tanpa Menggunakan ‘Pressure Cooker’

Hari ni saya nak kongsikan cara masak bubur nasi dalam masa 15 minit. Tips ini sangat membantu bagi ibu-ibu yang kesibukan untuk pergi kerja tapi perlu menyediakan bubur nasi untuk sarapan pagi atau makanan bayi mereka.

Loading...

Tahu-tahu sajalah, kalau nak masak bubur nasi ini ambil masa juga untuk nasinya menjadi lembut dan sebati. Kalau lupa nak buat awal-awal, silap-silap anak dah menangis kelaparan.

Seperkara lagi, bukan semua orang ada ‘pressure cooker’ di rumah untuk memasak bubur nasi dengan cepat. Kalau ada pun, macam tak berbaloi pula nak keluarkan periuk dan mencucinya nanti sebab kadangkala kita cuma masak dalam kuantiti yang sedikit.

Jadi, diharapkan dengan adanya tips mudah ini dapatlah membantu ibu-ibu menyediakan makanan sihat untuk bayi mereka dan sarapan ringkas untuk keluarga.

cara buat stok

Foto Kredit: dvconline.net

CARA MASAK BUBUR NASI DALAM 15 MINIT TANPA ‘PRESSURE COOKER’
Ini cara masak bubur nasi paling cepat, pantas, dan mudah. Gerenti lembut dan tak perlu tunggu lama!

1. CUCI BERAS
Mula-mula, cuci beras hingga bersih.

Saya tak letak sebarang sukatan. Terpulang nak buat banyak mana pun kerana caranya sama sahaja.

Foto Kredit: shutterstock.com

Foto Kredit: shutterstock.com

2. MASUKKAN DALAM BEKAS
Pindahkan beras yang telah dibasuh ke dalam bekas bertutup (tupperware). Isikan air sehingga tenggelam semua beras dalam bekas tersebut.

Kalau nak masak ‘portion’ kecil saja untuk bayi, eloklah masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Jadi, senang bila nak gunakan nanti. Cuma perlu ambil satu demi satu.

Loading...

Foto Kredit: maangchi.com

Pastikan beras terendam dalam air sepenuhnya. Foto Kredit: maangchi.com

3. BEKUKAN DALAM ‘FREEZER’
Tutup bekas dan simpan di dalam freezer hingga beku.

Oleh kerana proses ini ambil masa sedikit, jadi bolehlah sediakan pada sebelah malam atau hujung minggu.

Foto Kredit: yellowpages.com

Foto Kredit: yellowpages.com

4. REBUSKAN
Keluarkan beras yang telah beku dan masuķkan ke dalam periuk. Oh ya, tak perlu ‘defrost’ tau.

Cuma perlu tambahkan air secukupnya dan pasang api kuat.

Rebus beras hingga kembang selama 15 minit. Sesekali kacau supaya tidak berkerak.

cara masak bubur nasi

5. TAMBAH BAHAN & PERASA
Sambil menunggu beras masak, bolehlah tambahkan bahan-bahan segar ke untuk memberi perasa dalam bubur nasi tersebut.

Contohnya bawang putih, halia, sayuran, ikan bilis, isi ayam, daging, sedikit garam, atau apa-apa saja mengikut cita rasa.

Ada yang lebih suka bubur nasi kosong saja, kemudian ditambahkan sup dan bahan-bahan lain seperti kacang, ikan bilis, atau ayam yang telahpun dimasak berasingan. Jadi, tak kisahlah mana satu yang anda selesa.

Tapi, kalau bubur bayi seeloknya tak perlulah nak bubuh garam atau stok ayam yang mengandungi MSG. Barulah sihat.

cara masak bubur nasi

SIAP!!!

Inilah hasilnya. Saya mula merebus pada jam 5.37 am dan nasi kembang sepenuhnya pada jam 5.52 am. Cepat, bukan?

JIMAT MASA DAN MEMUDAHKAN

Memang berbaloi-baloi cara masak bubur nasi dengan tips ini. Jimat masa, jimat gas. Hanya 15 minit sahaja diperlukan untuk menukar beras menjadi bubur.

Senang cerita, tak perlu lagi menunggu sejam dua untuk beras kembang. Selamat mencuba!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Zulfa melalui blognya: Zulfaza Loves Cooking

.

.

Baca lagi

 

RESEPI KEK COKLAT MENGGUNAKAN BLENDER & RICE COOKER

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air


Cara Membuat:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.
2. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan (adunan 1 dan 2) kering dan basah, kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit.
5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula ising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

Resepi Toping Coklat Ganache

Bahan-bahan:
1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak
Cara Buat:
1. Masuk serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati
2. Panaskan atas api yang kecil. Masuk minyak. Gaul sekejap dan matikan api.
3. Curahkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.

Selamat mencuba..
KREDIT : Resepi Buat Roti

 

Loading...