Kenali Farah Nabila Pelakon Yang Memegang Watak Aisy Dalam Drama Titian Cinta

Kenali Farah Nabila Pelakon Yang Memegang Watak Aisy Dalam Drama Titian Cinta

 

Loading...

Siapakah Farah Nabila gadis cantik manis yang berlakon dalam drama Papa Ricky? Saya perkenalkan Farah Nabila yang memegang watak sebagai Kathy dalam drama terbarunya Papa Ricky. Walaupun, Farah Nabila masih baru dalam pembabitan dunia seni Malaysia, tetapi namanya kini semakin mendapat perhatian apabila muncul dalam drama Inikah Cinta. Kini Farah Nabilah muncul dalam drama Titian Cinta bersama Zul Ariffin dan Tasha Shamshir.

 

Biodata Farah Nabila (Aisy)

Nama Penuh : Farah Nabila
Nama Komersial : Farah Nabila
Umur : 25 Tahun (2017)

Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kerjaya : Pelakon dan Duta

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Psikologi
Drama : Inikah Cinta, Papa Ricky (2017), Titian Cinta (2017)
Twitter : @farahnabilah
Instagram : https://www.instagram.com/fawaaaa/

Trivia Menarik Farah Nabilah

1- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi.

2- Fawaarriors merupakan nama kelab peminat.
3- Menjuarai program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan menjadi jurucakap untuk produk kecantikan tersebut.
4- Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabilah sebagai nama pentas.
5- Gelaran Fawa ini diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut namanya dengan betul.

6- Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam.
7- Memulakan langkah seni sebagai model komersil.
8- Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Loading...

 

Lihat lagi gambar Farah Nabila

 

Sumber: pisangcheese.com

Baca Tentang Zul Ariffin di artikel bawah (skrol sampai bawah)

 

8 Fakta Tentang Zul Ariffin Yang Ramai Perempuan Luar Sana Tak Tahu

 

Zulkifli bin Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu lakonannya dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke peranan utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Projek terbarunya drama bersiri di Slot Akasia “Titian Cinta” yang digandingkan bersama heroin “Farah Nabilah” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton. Selain itu, filem lakonannya “J Revolusi turut mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Satu lagi filem lakonannya “Tombiruo” bakal memecah panggung (dijangkakan 12 Oktober 2017).

 

Jom baca 8 fakta menarik tentang Zul Ariffin yang ramai gadis-gadis luar sana belum tahu

1. Berdarah kacukan Melayu-Belanda dan berasal daripada Taiping, Perak. Ibu Zul mempunyai darah . keturunan Belanda manakala ayahnya adalah Melayu. Patutlah muka ala-ala Pan Asia gitu.

2. Lahir pada  25 Oktober 1986 dan berketinggian 185 cm. Memang suai sangatlah jadi model. Tinggi macam galah.

3. Anak bongsu daripada 4 beradik juga dianggap “Baby” dalam keluarga

Image result for zul ariffin dan adik beradik

Zul Ariffin mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Jarak usia antara abang sebelumnya agak jauh, 11 tahun. Ketika membesar di Taiping, abang-abang dan kakak-kakak Zul tidak ada di sana. Mereka semua berhihrah ke Bangsar. Zul membesar sebagai ‘anak tunggal’

4. Bercita-cita ingin menjadi anggota “Tentera Laut Diraja Malaysia” namun tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Alahai.. Tak pe tuhan ada perancangan lain. Kalau tak, tak dapatlah tengok Zul dekat TV. Tak dapat jadi Navy, jadi polis dalam J-Revolusi pon boleh kan

5. Pernah menjadi Barista di Dome Cafe.

Selepas menamatkan pengajian SPM, Zul berhijrah ke bandar dan tinggal bersama kakak dan abangnya sebelum memulakan latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen di bandar. Ha, suai sangatlah Zul jadi model iklan Necafe.

 

6. Sukakan Kucing

Zul gemar bermain dengan 2 ekor kucingnya selepas pulang daripada bekerja. Selalu juga Zul memuat naik gambar kucing di “Insta Story” akaunnya.

7. Kakaknya Hanim pernah menjadi model iklan rokok Peter Stuyvesant. Bermula daripada kakaknya, Zul Ariffin mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang permodelan.

8. Pernah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan seni halus kemudian tidak sesuai bertukar kepada seni grafik.  Walau bagaimanapun, Zul tidak menamatkan pengajian dan berhenti belajar kerana sudah tidak berminat mahu terus belajar dia menyertai dunia lakonan.

 

Begitulah serba sedikit profil hero kegilaan Malaysia ni. Pasal kisah cinta Zul dan skandal-skandalnya boleh google sendiri, ok.

 

Kredit: Wikipedia dan glamlelaki.com

 

 

Loading...