Hafiz Nafi Pernah Berhubungan Sulit Tapi Joy Revfa Bersumpah Mereka Pernah Bersama

Hafiz Nafi Pernah Berhubungan Sulit Tapi Joy Revfa Bersumpah Mereka Pernah Bersama

Gambar kenangan antara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa

 

PETALING JAYA: Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa bersumpah dia pernah mengadakan hubungan kelamin dengan penyanyi itu sepanjang mereka bergelar suami-isteri.Joy menerusi kenyataan di laman sosial Facebook berkata, dia enggan menjelaskan perkara itu kepada umum secara terperinci bagi menjaga aib suaminya itu.”Dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah swt… Saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali kerana  kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia,” ujarnya pada Selasa.

Loading...

Joy turut memberitahu perceraiannya dengan bekas suami iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Selasa.

Sebahagian daripada kenyataan Joy Revfa yang dikongsi di Facebook miliknya

Ia sekali gus menafikan dia masih berstatus isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu.

“Subhanallah, Allahuakbar… saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, hari ini (Selasa) bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu.

“Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dgn “suami” sekarang adalah sah dalam agama Islam di Malaysia,” ujarnya.

Bagaimanapun, Joy berkata, dia tidak akan meneruskan pernikahannya bersama Hafiz jika perkahwinan mereka sah di sisi agama.

Kata Joy, dia tidak merasakan Hafiz seorang lelaki yang layak menjadi suaminya selepas pertelingkahan yang berlaku antara mereka.

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” ujarnya.

Hafiz Hamidun pula membuat kenyataan balas di Twitter menafikan ada ‘bersama’ isterinya itu

Sementara itu, Hafiz pula menerusi kenyataan di Twitter menafikan kenyataan Joy bahawa mereka pernah bersama.

Katanya, keputusan mahkamah pada Selasa adalah berkaitan perceraian Joy pada perkahwinan pertamanya dan ia tiada kaitan dengan kes perkahwinan mereka.

saya menafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ini tapi kenapa dia nak cakap perkahwinan dengan saya sah?

“Sabar dulu, kes mahkamah antara saya dan Siti Arifah belum selesai lagi pun. Jangan buat spekulasi apa-apa,” ujarnya.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Loading...

.

.

Baca lagi

“Dia Tergesa-Gesa Nak Menikah Kerana Sesuatu” – Joy Revfa

Joy memohon Hafiz untuk berhenti manipulasinya dan masyarakat

AGAKNYA bilakah masalah rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa ini akan selesai selepas mereka masing-masing mempunyai pendapat sendiri berhubung kemelut yang berlaku.Hafiz, 33, telah memberi amaran kepada Joy atau Siti Arifah Mohd Amin agar mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah difailkan Joy di mahkamah selain tidak ambil mudah hal berkenaan.Bagaimanapun, Joy berharap penyanyi tersebut berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan diberi.

“Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.
“Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas… pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Kumpulan peguam yang bersama dengan Joy di Mahkamah Syariah Shah Alam

“Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai,” kata Joy.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.
Kata Joy lagi, dia memahami mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan penikahan mereka tidak sah.

Menurut Joy, status hubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar.

“Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

Anak Joy, Arryan Firdaus adalahlah jiwanya untuk meneruskan dugaan yang bertubi-tubi

“Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

“Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya ,” ujar Joy.

Dalam pada itu, Joy memberitahu jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia seharusnya datang berbincang secara baik dengannya bukan berdiam diri dan menjauhkan diri.

Semenjak isu mereka diperkatakan, Joy berkata dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka

“Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

Hafiz Hamidun tetap curiga dengan perkahwinannya manakala Joy Refva pula bertegas perkahwinan mereka sah

“Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

“Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja,” kata Joy.

Namun kata Joy dia yakin dugaan yang diterima untuk menyedarkan dirinya kepada Allah dan jalan penyelesaianya.

Hafiz sebelum ini pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap kali berkongsi status di laman sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu status mereka itu.

Sumber: http://www.mstar.com.my

.

.

Baca lagi

“Cukup-Cukuplah” – Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun tidak mahu mengeluarkan kenyataan mengenai pembubaran perkahwinannya dengan Joy Revfa. Foto Instagram: @hafizhamidun

PENYANYI Hafiz Hamidun tidak enggan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembubaran perkahwinannya dengan pengusaha kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa.

Menurut Hafiz, 33, isu tersebut kini sudah menjadi kes mahkamah dan dia tidak mahu mengganggu proses yang sedang berlangsung.”Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim.”Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum ini menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu dan sebutan semula kes bersambung pada 9 November depan. Hafiz turut diminta mengulas mengenai kenyataan Joy Revfa yang mengatakan dirinya tergesa-gesa ingin berkahwin seperti dilaporkan. Menjawab tentang hal itu, Penyanyi lagu Kasih Padamu ini menafikan dakwaan Joy Revfa dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

“Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini.”
“Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini.”
“Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!,” katanya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz

Dalam menghadapi kemelut rumah tangga ini, Hafiz menjelaskan dia tidak pernah rasa tertekan dengan apa yang berlaku.
Ujarnya, dia banyak meminta pandangan keluarga serta teman-teman rapat dan tidak mahu emosi mengganggu aktiviti hariannya.
“Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya.
“Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka.
“Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya,” ujarnya.
Bercakap mengenai perkembangan seni, Hafiz sedang menyiapkan beberapa buah lagu untuk penyanyi lain antaranya kumpulan nasyid Mirwana, Haqiem Rusli dan Liza Hanim.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Loading...